Thursday 4 December 2014

Impian DAP Sarawak, letak 12 calon Melayu pada Pilihan Raya Negeri


 


DAP Sarawak telah mula mengatur gerak kerja mereka bagi terus menambahkan kerusi di Bumi Kenyalang yang merupakan kubu kuat dan 'fixed deposit' kepada Barisan Nasional (BN).

Menurut sumber, seramai 12 calon DAP Melayu, belia berusia tidak melebihi 30 tahun telah dikenalpasti yang kebanyakannya mempunyai kelulusan sarjana dan sarjana muda.

Daripada calon-calon itu, difahamkan tiga adalah calon wanita. Kesemua calon-calon ini terdiiri daripada golongan professional; peguam, jurutera, pembantu khas, pakar botani, peguam syariah, ustazah, petani moden, perunding cara dan doktor.

We are looking for volunteers again!
Sasaran calon Melayu DAP Sarawak itu pada PRN nanti adalah 12 kawasan Melayu yang di pegang oleh Menteri atau Menteri Muda di sini.

Difahamkan DAP Sarawak meletakkan calon Melayu yang masih muda yang tidak boleh dipandang ringan pihak lawan bagi memberi isyarat kepada BN Sarawak terutama PBB supaya tidak sombong dan bongkak.

Setakat ini, hanya seorang sahaja DAP Melayu yang telah dikenalpasti sebagai calon DAP Melayu iaitu Penyelaras Pusat DAP, Abdul Aziz Isa yang juga Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

Sekiranya benar maklumat ini, usaha DAP Sarawak bagi meluaskan pengaruh di sini semakin hampir dan gerak kerja mereka tidak akan berhenti setakat itu sahaja...

Bagaimana pula gerak kerja BN Sarawak bagi terus memastikan kejayaan mereka dalam PRN yang kira-kira dua tahun sahaja lagi.(tempoh tamat penggal DUN Sarawak pada April 2016)

 BN Sarawak yang ditunjangi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan komponen lain, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) tidak boleh leka dengan kemenangan mereka selama ini.

Masalah-masalah dalaman yang ada perlu diselesaikan dan memastikan semua ADUN turun padang, pergi setiap pelusuk negeri bagi memastikan penduduk di kawasan mereka terus dibela dan dijaga.

Ini satu 'wake up call' bagi semua pihak terutama BN Sarawak bagi memastikan kelangsungan di sini malah survival BN keseluruhannya di negara.

 Pada pilihan raya lalu, walaupun mengekalkan majoriti dua pertiga, kira-kira lapan kerusi BN Sarawak telah hilang sedangkan DAP memenangi dua kali ganda kerusi iaitu 12 kerusi berbanding 6 kerusi pada tahun 2006.

Jangan biarkan nasi menjadi bubur...-Bahaduri

No comments:

Post a Comment