Monday 17 November 2014

Usaha PEMBANGKANG gagal dan akan terus gagal


"Sebarang usaha oleh pembangkang bagi melaga-lagakan antara saya dan rakan kabinet akan gagal dan sentiasa gagal. 

"Kita tidak 'bodoh' untuk mendengar apa yang dikatakan mereka(pembangkang). Kita percaya kepada solidariti kabinet," tegasnya.

Begitulah apa yang diungkapkan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berhubung beberapa kenyataan YB pembangkang semasa persidangan DUN baru-baru ini.

Pembangkang seperti menuduh anggota kabinetnya takut, menyembunyikan sesuatu dan kotor kerana tidak membuat ikrar integriti seperti dilakukan Adenan pada Mac lalu.

Adenan menjelaskan, tidak adil menyatakan anggota kabinetnya sedemikian kerana mereka semua akan berikrar sebagai kemuncak kepada Ikrar Integriti selepas semua sektor awam, badan berkanun dan swasta selesai dalam masa terdekat.

Kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak yang ditunjangi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di bawah Adenan tetap teguh bersatu bagi membawa pembangunan dan membela nasib rakyat Sarawak.

Syabas Ketua Menteri yang tidak mudah melatah dan terpengaruh dengan agenda 'licik' pembangkang -Bahaduri

Sunday 16 November 2014

'Ini amaran terakhir'

"Ini amaran terakhir daripada saya kepada mana-mana individu yang sering menggunakan pihak media untuk mengeluarkan kenyataan tidak tepat berhubung statistik jenayah di negeri ini.
"Jika masih ada selepas ini, kami akan mengheret mereka ke muka pengadilan kerana memfitnah.
"Saya juga tiada masalah untuk menerima kehadiran mana-mana pihak yang ingin mendapatkan statistik kejadian jenayah di negeri ini.
"Adalah lebih baik mereka merujuk kepada pihak polis terlebih dahulu sebelum sebarang kenyataan berhubung kejadian jenayah dikeluarkan," tegas Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu semalam.
Syabas Datuk Seri atas ketegasan ditunjukkan terhadap segelintir individu bukan calang-calang malah bergelar wakil rakyat (YB) daripada pihak pembangkang sebelum ini.
Kenyataan yang ternyata bukan fakta sebenar dan sudah tentu ia mendatangkan kebimbangan kepada masyarakat selain menjejaskan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tindakan tegas perlu diambil kepada mana-mana YB atau individu yang menyebarkan maklumat 'palsu'.
Rujuklah kepada pihak berkenaan agar maklumat yang disampaikan tepat dan memberikan manfaat kepada anggota masyarakat. Ikhlas -Bahaduri

Mangsa diminta tampil, Kaki PAW ditangkap

Suspek Kaki PAW


Kaki PAW di padang Pasir dan sekitar Saujana ditangkap oleh pihak polis pagi tadi.

Bagi orang ramai yang pernah menjadi mangsa diminta tampil dengan segera di Balai Polis Sentral Kuching.

Malangnya, buat masa ini tiada lagi mereka yang tampil untuk buat pertuduhan...

Nampak gaya, kalau x de yang tampil suspek kaki PaW ini akan dilepaskan le... Apapun tahniah atas kecekapan polis menahan kaki PAW itu.

Sebar pada kawan2 yg mungkin pernah menjadi mangsa -Bahaduri

Kapten Ngap Sayot tamat zaman bujang

Joseph menyarungkan cincin perkahwinan kepada pasangannya, Rebekah

Kapten pasukan Sarawak, Joseph Kalang Tie,  27, menamatkan zaman bujangnya dengan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya Rebekah Livan Balan, 25, semalam.

Sebelum ini, Joseph dan Rebekah telah mengikat tali pertunangan pada 6 Julai lalu.

Khidmatnya akan terus menabur bakti bersama Sarawak dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan walaupun mendapat beberapa tawaran lumayan daripada beberapa pasukan lain.

Tahniah diucapkan kepada Joseph atas perkahwinannya dan moga terus membawa pasukan Ngap Sayot mencapai kejayaan lebih baik dalam Liga Malaysia tahun hadapan.  sayot sampe speta-Bahaduri

Friday 14 November 2014

Tauke besar kawal beberapa kontraktor untuk dapat projek luar bandar

Abdullah Saidol
'Kontraktor-kontraktor seperti ini juga saya anggap sebagai penyangak yang merompak warga desa sebuah keselesaan '


 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol mendakwa terdapat satu 'Tauke Besar' kontraktor yang mengawal beberapa kontraktor untuk mendapatkan tender bagi projek-projek luar bandar.

"Memang benar projek-projek ini ditender secara terbuka. Kalau ada 10 kontraktor tempatan yang membida, sebenarnya semua lesen ini, 10 kontraktor yang membida ini dikawal seorang Tauke.

"Walaupun sepuluh kontraktor yang membida, asyik-asyik orang itu yang dapat dan orang itulah yang mempunyai sejarah sejak sekian lama, track record yang buruk.

"Kontraktor-kontraktor seperti ini juga saya anggap sebagai penyangak yang merompak warga desa sebuah keselesaan yang sepatutnya dinikmati hasil dari projek kecil ini," katanya ketika membahas  Belanjawan Negeri 2015 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, semalam.

Dalam pada itu, Abdullah juga  mengumpamakan kontraktor-kontraktor yang gagal menyempurna projek yang diamanahkan kepada mereka sebagai 'pengkhianat' masyarakat.

"Kontraktor-kontraktor yang gagal melaksanakan Projek Bekalan Air dan Elektrik di luar bandar adalah pengkhianat kepada usaha murni kerajaan untuk memakmurkan kawasan desa.

"Hasil kerja kontraktor-kontraktor yang mengendalikan projek di luar bandar harus dipantau dengan teliti," tegasnya.

Justreru itu, Abdullah meminta agar kerajaan memantau dengan teliti dan lebih berkesan projek-projek kecil luar bandar kerana banyak yang tidak mengikut spesifikasi dan kadang-kadang dilaksanakan dengan kualiti kerja mengecewakan.

"Mungkin kerana kontraktor-kontraktor yang dilantik sebenarnya kontraktor Ali Baba. Lesen-lesen mereka dilacurkan," tegasnya.

Sekiranya benar dakwaan itu, tindakan tegas perlu diambil ke atas tauke dan kontraktor-kontraktor Ali Baba yang hanya memewahkan diri sendiri denganv'merompak'  manfaat dan kemudahan yang seharusnya dimiliki oleh anggota masyarakat terutama di luar bandar-Bahaduri



Thursday 13 November 2014

Ibu-ibu tunggal jadi habuan seks untuk kelulusan rumah


Harapkan pagar, pagar makan padi, begitulah yang dapat disimpulkan setelah terbaca mengenai penahanan seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan di Kedah oleh SPRM semalam.

Difahamkan pegawai berkenaan dipercayai meminta rasuah berupa layanan SEKS bagi meluluskan permohonan  rumah PROJEK PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN  oleh ibu-ibu tunggal di sana.

Tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh kerajaan bagi menjalankan khidmat bakti kepada rakyat dikhianati bagi memuaskan nafsu serakah pegawai ini.

Sekiranya didapati bersalah, kerajaan perlu ambil tindakan tegas bagi memastikan hukuman setimpal dan sebagai pengajaran kepada pelaku dan semua lapisan masyarakat.-Bahaduri

Untuk bacaan lanjut di laman  www.utusan.com.my/berita/jenayah/sprm-tahan-pegawai-kanan-minta-habuan-seks-1.24442#sthash.sYW2a4Mc.dpuf

Sunday 9 November 2014

Salam Mukadimah Daripada Bahaduri


Persidangan Hari Pertama Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bermula hari ini.

Persidangan akan berlangsung selama lapan hari  dari 11 hingga 19 November 2014.

Antara perkara yang dinantikan seperti perkembangan terkini mengenai rundingan royalti minyak di antara kerajaan negeri dan Petronas, pembentangan belanjawan, penambahan kerusi DUN dan lain-lain.-Bahaduri