Wednesday 24 December 2014

Blogger 2nd-hand Teras Mula 'serang' PBB, misi 'laga-laga'?

Amboi, sedap betul seorang blogger Parti Tenaga Rakyat Sarawak. (Teras)-Whizzekid menabur fitnah dan racun di blognya. 

Posting terkini Whizzekid bertajuk 'APA NI?? MANA PERGI PARTI-PARTI KUAT SARAWAK???' dengan tertera logo UMNO dan gambar Ketua Pemuda PBB/BN Sarawak, Datuk Fadillah Yusuf berserta kata-kata 'Daftar Untuk Menjadi Ahli UMNO terbuka Untuk Rakyat Sarawak' betul-betul membuat ramai orang meluat apabila membacanya. 

Boleh baca di sini, Siapa Dalang Di Sebaliknya??? http://whizzekidgal.wordpress.com/2014/12/24/siapa-dalang-di-sebaliknya

Umum tahu Whizzeekid, blogger tahap '2nd-hand' adalah anak didik Audie Chua, orang kuat Presiden Teras, Tan Sri William Mawan.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah permainan Whizzeekid ini sebenarnya? Dah kehabisan modal ke atau saja-saja nak buat gempak murahan?

Siapa yang sibuk sangat menghentam BN selama ini? Yang aku perasan menghentam BN Sarawak dan beberapa individu (secara halus) adalah Whizzeekid dan Audie selama ini melalui penulisan mereka.

Provokasi seumpama ini senang saja dibaca permainannya. Seringkali saja beliau mengait-ngaitkan nama Adenan, tapi mengapa ya?

Semua orang tahu Teras kini terdesak sangat nak menyertai BN sehinggakan apabila Adenan menolak permohonan Teras pada peringkat BN Negeri, namun mereka tak segan dan silu buat kenyataan nak menyertai BN Pusat pula.

Tapi kalau ye pun terdesak nak menyertai BN, baik diperingkat negeri atau pusat, janganlah nak memporak-perandakan PBB malah kelihatan mahu melaga-lagakan parti komponen BN sendiri, cakap BN friendly tapi tindakan mereka adalah sebaliknya.

Janganlah nak membangkitkan persepsi yang ada dikalangan pemimpin PBB yang mahukan UMNO masuk ke Sarawak, namun Teras pula sebaliknya tidak dibenarkan masuk BN Sarawak!

Siapa serang siapa sebenarnya? Kehadiran individu-individu  seperti Whizzkid dan Audie dalam BN Sarawak seumpama parasit dan liabiliti yang tidak di undang hanya menyusahkan BN Sarawak secara keseluruhannya.

Permainan persepsi, menjadi batu-api macam sudah jadi asam garam Whizzkid, Audie dan kuncu-kuncunya. Cubalah cerminkan diri awak sendiri, tanya apa yang sudah awak sumbang kepada BN Sarawak selama ini.

Jangan jadi musuh dalam selimut, api dalam sekam -Bahaduri