Monday 17 November 2014

Usaha PEMBANGKANG gagal dan akan terus gagal


"Sebarang usaha oleh pembangkang bagi melaga-lagakan antara saya dan rakan kabinet akan gagal dan sentiasa gagal. 

"Kita tidak 'bodoh' untuk mendengar apa yang dikatakan mereka(pembangkang). Kita percaya kepada solidariti kabinet," tegasnya.

Begitulah apa yang diungkapkan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berhubung beberapa kenyataan YB pembangkang semasa persidangan DUN baru-baru ini.

Pembangkang seperti menuduh anggota kabinetnya takut, menyembunyikan sesuatu dan kotor kerana tidak membuat ikrar integriti seperti dilakukan Adenan pada Mac lalu.

Adenan menjelaskan, tidak adil menyatakan anggota kabinetnya sedemikian kerana mereka semua akan berikrar sebagai kemuncak kepada Ikrar Integriti selepas semua sektor awam, badan berkanun dan swasta selesai dalam masa terdekat.

Kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak yang ditunjangi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di bawah Adenan tetap teguh bersatu bagi membawa pembangunan dan membela nasib rakyat Sarawak.

Syabas Ketua Menteri yang tidak mudah melatah dan terpengaruh dengan agenda 'licik' pembangkang -Bahaduri

No comments:

Post a Comment