
Wednesday, 24 December 2014
Blogger 2nd-hand Teras Mula 'serang' PBB, misi 'laga-laga'?

Thursday, 4 December 2014
Impian DAP Sarawak, letak 12 calon Melayu pada Pilihan Raya Negeri
Menurut sumber, seramai 12 calon DAP Melayu, belia berusia tidak melebihi 30 tahun telah dikenalpasti yang kebanyakannya mempunyai kelulusan sarjana dan sarjana muda.
Daripada calon-calon itu, difahamkan tiga adalah calon wanita. Kesemua calon-calon ini terdiiri daripada golongan professional; peguam, jurutera, pembantu khas, pakar botani, peguam syariah, ustazah, petani moden, perunding cara dan doktor.
Monday, 17 November 2014
Usaha PEMBANGKANG gagal dan akan terus gagal
"Sebarang usaha oleh pembangkang bagi melaga-lagakan antara saya dan rakan kabinet akan gagal dan sentiasa gagal.
"Kita tidak 'bodoh' untuk mendengar apa yang dikatakan mereka(pembangkang). Kita percaya kepada solidariti kabinet," tegasnya.
Begitulah apa yang diungkapkan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem berhubung beberapa kenyataan YB pembangkang semasa persidangan DUN baru-baru ini.
Pembangkang seperti menuduh anggota kabinetnya takut, menyembunyikan sesuatu dan kotor kerana tidak membuat ikrar integriti seperti dilakukan Adenan pada Mac lalu.
Adenan menjelaskan, tidak adil menyatakan anggota kabinetnya sedemikian kerana mereka semua akan berikrar sebagai kemuncak kepada Ikrar Integriti selepas semua sektor awam, badan berkanun dan swasta selesai dalam masa terdekat.
Kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak yang ditunjangi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di bawah Adenan tetap teguh bersatu bagi membawa pembangunan dan membela nasib rakyat Sarawak.
Syabas Ketua Menteri yang tidak mudah melatah dan terpengaruh dengan agenda 'licik' pembangkang -Bahaduri
Sunday, 16 November 2014
'Ini amaran terakhir'

Mangsa diminta tampil, Kaki PAW ditangkap
![]() |
Suspek Kaki PAW |
Kapten Ngap Sayot tamat zaman bujang
![]() |
Joseph menyarungkan cincin perkahwinan kepada pasangannya, Rebekah |
Kapten pasukan Sarawak, Joseph Kalang Tie, 27, menamatkan zaman bujangnya dengan melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya Rebekah Livan Balan, 25, semalam.
Sebelum ini, Joseph dan Rebekah telah mengikat tali pertunangan pada 6 Julai lalu.
Khidmatnya akan terus menabur bakti bersama Sarawak dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan walaupun mendapat beberapa tawaran lumayan daripada beberapa pasukan lain.
Tahniah diucapkan kepada Joseph atas perkahwinannya dan moga terus membawa pasukan Ngap Sayot mencapai kejayaan lebih baik dalam Liga Malaysia tahun hadapan. sayot sampe speta-Bahaduri
Friday, 14 November 2014
Tauke besar kawal beberapa kontraktor untuk dapat projek luar bandar
![]() |
Abdullah Saidol |
"Memang benar projek-projek ini ditender secara terbuka. Kalau ada 10 kontraktor tempatan yang membida, sebenarnya semua lesen ini, 10 kontraktor yang membida ini dikawal seorang Tauke.
"Walaupun sepuluh kontraktor yang membida, asyik-asyik orang itu yang dapat dan orang itulah yang mempunyai sejarah sejak sekian lama, track record yang buruk.
"Kontraktor-kontraktor seperti ini juga saya anggap sebagai penyangak yang merompak warga desa sebuah keselesaan yang sepatutnya dinikmati hasil dari projek kecil ini," katanya ketika membahas Belanjawan Negeri 2015 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, semalam.
Justreru itu, Abdullah meminta agar kerajaan memantau dengan teliti dan lebih berkesan projek-projek kecil luar bandar kerana banyak yang tidak mengikut spesifikasi dan kadang-kadang dilaksanakan dengan kualiti kerja mengecewakan.
"Mungkin kerana kontraktor-kontraktor yang dilantik sebenarnya kontraktor Ali Baba. Lesen-lesen mereka dilacurkan," tegasnya.
Sekiranya benar dakwaan itu, tindakan tegas perlu diambil ke atas tauke dan kontraktor-kontraktor Ali Baba yang hanya memewahkan diri sendiri denganv'merompak' manfaat dan kemudahan yang seharusnya dimiliki oleh anggota masyarakat terutama di luar bandar-Bahaduri